..29092009..

..29092009..
~STILL GETTING BUTTERFLIES EVERY ONCE IN A WHILE~

!!IMPOSSIBLE IS TEMPORARY!!

#INSINCERE WIN BATTLE~SINCERE WIN WAR#

Sunday, February 13, 2011

Tiga Belas Kosong Dua Dua Kosong Sebelas

13022011,,,~

Cukup sebuah penantian..
Hilang segala pengorbanan..
Tertutup segala pembukaan..
Hanya tinggal kenangan..

- OFFICIALY CLOSE -


Saturday, February 5, 2011

Kegagalan Rasa

Sakit...

Itulah yg aku rasa..



Sedih...

Bila tengok mak tepaksa pura2 pukul aku untuk memuaskan hati saudaraku itu..



Ntah kenapa mlm ini aku rasa sedih..
Tiba2 aku sebak..
Mengenangkan dahulu, aku selalu dipukul oleh arwah nenek..dicubit..
Tangisan sentiasa pergi bersama aku..

Aku punya saudara yg hidupnya agak senang, jauh bezanya dr keluarga aku..
Ayah..hanya seorang nelayan pantai..Kehidupan kami umpama kais pg mkn pg..Kais ptg mkn ptg..Alhamdulillah..Rezeki Allah s.w.t limpahkan sentiasa cukup untuk meneruskan hidup..Setiap hari saudaraku pasti akan meminta arwah nenek pukul aku..lebam2 itu biasa..

Miskin....

Itulah yg seringkali didengari..Perkataan yg tak pernah hilang dr pendengaran aku..Rasa terhina, tetapi semuanya sementara..Miskin tak pernah menggagalkan aku..Miskin tak pernah sekali melunturkan aku..Ayah selalu kata, ayah tiada harta yg akan ditinggalkan buat kami adik beradik..Hanya ilmu yg akan membantu kami menjalani kehidupan..

Hingga sekarang..Rasa itu masih wujud..Cuma dtgnya hanya sekali dua saja..Dipukul itu sakit..Apatah lg dtgnya rasa terpukul oleh keadaan yg tiada kepastian jawapannya..


...................

Wednesday, February 2, 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula a.k.a What is Recycle??

hYE,,,~!
Salam semua~

Agak kelewatan keberadaan sy untuk berada di dalam pertandingan yg di anjurkan oleh salah seorang rakan blogger sy iaitu En. Mohd Fitri Abdul Karim yg mempunyai Gedung Rasanya yg penuh tersimpan segala rasa beliau..Walaupun agak tersemput-semput mcm kuda, Alhamdulillah dapat jugak sy menyudahkan entry untuk pertandingan pertama yg sy sertai iaitu pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?


Mahu Cari Jodoh?, Sila Lihat Poster Di bawah..Anda berkenan dengan jejaka ini??



Haahh``` jgn silap ye kawan2..poster di atas ini bukanlah poster untuk mencari jodoh, tetapi inilah dia:
~ Poster Pertandingan:Apa Itu Kitar Semula? ~
Amacam?
.....................................................................................

Percubaan Pertama
.....................................................................................

APA ITU KITAR SEMULA???

Apa yg kita lihat negara kita seringkali di duga dengan bencana alam iaitu banjir di beberapa buah negeri di utara semenanjung, pantai timur, sabah sarawak termasuk juga di selatan tanahair. Salah satu punca mengapa ini terjadi adalah apabila masyarakat tidak mengendahkan persekitaran alam sekitar kita yg mana bahan2 penggunaan harian kita dengan mudah di buang ke dalam sungai atau kawasan2 yg tidak sepatutnya. Hal ini akan mengakibatkan sungai bukan sahaja kotor malahan menyebabkan laluan air tersekat oleh sampah sarap yg mudah-mudah sahaja dilemparkan. Hal seperti ini tidak seharusnya terjadi!


Apakah yg dimaksudkan dengan kitar semula? Kitar semula bermaksud pengambilan barang2 yg telah digunakan, barangan yg sudah tidak digunakan lagi atau barangan yg sudah berumur dikumpul untuk menghasilkan sesuatu barangan yg baru. Buat pengetahuan umum, menurut sumber dari 'Recycle For London' terdapat 19 jenis barangan yg boleh di kitar semula mengikut cara berbeza untuk setiap jenis barangan. 3 daripadanya adalah barangan utama iaitu Kertas, Plastik dan juga Kaca.


Menjawab persoalan 'APA' itu kitar semula, pernahkah anda mendengar tentang 3R?? Adakah ianya rancangan popular 3R yg di paparkan di stesyen televisyen TV3 suatu masa lalu? Mungkin tidak~ Disini sy ingin berkongsi dengan anda semua tentang Konsep 3R di mana konsep ini membawa maksud:

3R ----> Re'use ----> Re'duce ----> Re'cycle
...............................................................................

Jika anda semua mempunyai lebih masa, layarilah link yg tertera di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=D8BwXp7ICs0
Nikmatilah!
...............................................................................

Mudah sahaja. Konsepnya sama seperti kitaran hidup kita. Cuma ianya di aplikasikan dalam bentuk kitaran semula. Barangan terpakai seperti kertas (Tong Biru), plastik (Tong Jingga) dan kaca (Tong Coklat) boleh dikumpul dan di masukkan ke dalam tong2 yg telah disediakan atau di kawasan2 yg dikhaskan untuk kitar semula bahan terpakai. Lebih mudah apabila kita hanya mengasingkan barangan2 tersebut dan akan di ambil dengan cara pemungutan sampah. Kesemua bahan2 terpakai tersebut kemudiannya akan dihantar ke pusat2 kitar semula dan di proses menjadi barangan sama yg baharu serta dikilangkan semula. Jadi tak perlu bersenang lenang untuk kita membuang barangan2 terpakai tersebut ke dalam sungai atau sebagainya kerana ia akan merosakkan lg sistem ekologi negara.

Tertanya2 mengapa perlu kitar semula??

Juga mudah! Kitar semula boleh membantu persekitaran kita menjadi lebih segar tanpa sampah dan keperluan oksigen untuk kita juga bersih dan menjadikan hidup kita lebih sihat tanpa penyakit. Kitar semula juga dpt mengurangkan pencemaran alam yg mana bahan2 terbuang atau terpakai itu tidak perlu dibakar, dibuang ke sungai dan sebagainya. Kitar semula juga menjimatkan kos untuk pelupusan sampah serta menjimatkan sumber yang mana barangan seperti kertas tidak perlu diimport dr negara luar. Dan kitar semulalah yg membantu mengurangkan hutan kita drpd ditebang untuk dijadikan kertas. Oleh itu, bekalan oksigen untuk kita semua sentiasa bersih dan mampu bernafas dengan lebih baik..

..Sebagai penyimpul entry..
Sy dengan ini menyimpulkan 'Kitar Semula' sebagai pusingan hidup baru barangan terbuang atau terpakai harian, penyelamat sistem ekologi negara, serta sebagai penjana ekonomi negara dengan adanya pengurangan duti import terhadap sumber2. Hidup sihat dengan Kitar Semula,,,~!

......................................................................................
Wassalam Dari Saya Di Syurga Si Anak Nelayan
Sekian.....
......................................................................................



psssttt:// Sekadar cubaan pertama..Jgn Digelakkan Ye~ ;p