..29092009..

..29092009..
~STILL GETTING BUTTERFLIES EVERY ONCE IN A WHILE~

!!IMPOSSIBLE IS TEMPORARY!!

#INSINCERE WIN BATTLE~SINCERE WIN WAR#

Friday, January 21, 2011

PETRONAS Street Smart Program : Lesson For Life!

Salam Jumaat semua!




Pernahkah anda dengar tentang Program Street Smart: Lesson for life?




Haa~ Mesti kita selalu lihat banner2 bila program ini di jalankan di mana2 bandaraya, daerah2 even kawasan2 kecil yg lain. Program sewajar ini amat baik dijalankan atas keprihatinan aspek keselamatan jalanraya untuk didedahkan kepada golongan masyarakat di Malaysia. Terutamanya kanak-kanak yg lebih terdedah dengan bahaya di luar sana. Dahulunya kita seringkali mendengar kemalangan jalanraya kerap berlaku di lebuhraya lebuhraya, tetapi kini kemalangan lebih cenderung berlaku tidak kira tempat, masa dan usia. Siapakah yg harus disalahkan jika kemalangan meragut nyawa kanak-kanak berlaku? Ibubapa itu sendiri atau kanak-kanak itu yg harus disalahkan sedangkan mereka masih mentah untuk berfikiran seperti kita yg sudah dewasa. Sebagai yg lebih dewasa, sudah berkahwin atau masih bujang tidak mengapa jika kita berfikir sejenak bahawa nyawa amatlah berharga dan perlu dijaga.. Bak kata pepatah 'Malang Tidak Berbau'.


Untuk pengetahuan anda semua [Tak kesah yg dh tahu atau yg tahu sikit2 atau yg tak tahu langsung..hehe] Program Street Smart: Lesson For Life ini adalah satu program kerjasama antara Petronas dan program kanak-kanak di Astro, yg menjalankan pameran Petronas StreetSmart: Lessons for Life dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya pada ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah.Program ini sgtlah bagus untuk dijalankan kerana pendedahan awal harus dipupuk di kalangan kanak-kanak berkaitan aspek keselamatan jlnraya.



Antara aktiviti-aktiviti yg terdapat semasa pameran adalah penjelajahan kanak-kanak mengenali papan tanda serta memperlihatkan bahaya yang bakal ditempuh ketika mereka berada di jalan raya, tidak kira ketika melintas atau sedang berjalan. Selain drpd itu juga, kanak-kanak juga didedahkan pada sistem trafik bagi membolehkan kanak-kanak terbabit merasai keadaan dan bahaya sebenar yang boleh dihadapi mereka jika mengambil ringan aspek keselamatan diri di jalan raya.Serta pelbagai lg pameran yg diadakan.



'Kanak2 Di dedahkan Dengan Kelajuan Pemanduan yg Selamat'



'Pendedahan Tentang Teori Teori Keselamatan Jalan Raya'



'Pendedahan Cara Melintas Jalan yg Betul'




'Efek Pemakaian Tali Pinggang Keledar'



'Penglihatan Mata Dewasa Tidak Sama Dengan Mata Kanak-Kanak'


Sy juga sudah mengikuti pameran program ini semalam bersama adik2 sy. Bukan sahaja seronok melihat adik2 dan org ramai yg dtg ke pameran melakukan aktiviti, sy juga turut sama seronok melihat gelagat kanak-kanak yg hadir ke pameran Street Smart: Lesson For Life. Oleh itu, bg sesiapa di luar sana..Bawalah anak-anak, anak-anak buah, anak- anak makcik pakcik uncle auntie, anak sedare, anak sedare boypren gelpren ke program2 keselamatan jalanraya supaya pendedahan awal di pupuk sejak usia setahun jagung. Sgt berfaedah! InsyaAllah~



psstt: Renung Renungkan dan selamat beramal! :)

3 comments:

  1. lesen memandu cik umie ap cer?hee..

    ReplyDelete
  2. Ahahaha~ next wik on 28th sy test jpj.. ;p wish me luck...

    ReplyDelete
  3. wow!glad to heard dat!yeay bole bwa pusing2 joho nt..GUD LUCK DEAR!COOL OK!:)

    ReplyDelete