..29092009..

..29092009..
~STILL GETTING BUTTERFLIES EVERY ONCE IN A WHILE~

!!IMPOSSIBLE IS TEMPORARY!!

#INSINCERE WIN BATTLE~SINCERE WIN WAR#

Monday, September 12, 2011

SEpt in MemOryy~!

..im happy waiting for Sept 16th..

..im happy for my Sept 19th..

& im too happy for Sept 29th.. just miss it!! <3

Friday, March 18, 2011

Fikirkan Tentang Dirimu

Dunia ini semakin hari semakin menakutkan!!


Dan aku...

Masih di sini bersama kebiasaan laluan hidup..Di mana letaknya aku apabila dunia ini hancur..Di mana letaknya engkau apabila semua ini hancur..

(T T)

Sunday, February 13, 2011

Tiga Belas Kosong Dua Dua Kosong Sebelas

13022011,,,~

Cukup sebuah penantian..
Hilang segala pengorbanan..
Tertutup segala pembukaan..
Hanya tinggal kenangan..

- OFFICIALY CLOSE -


Saturday, February 5, 2011

Kegagalan Rasa

Sakit...

Itulah yg aku rasa..



Sedih...

Bila tengok mak tepaksa pura2 pukul aku untuk memuaskan hati saudaraku itu..



Ntah kenapa mlm ini aku rasa sedih..
Tiba2 aku sebak..
Mengenangkan dahulu, aku selalu dipukul oleh arwah nenek..dicubit..
Tangisan sentiasa pergi bersama aku..

Aku punya saudara yg hidupnya agak senang, jauh bezanya dr keluarga aku..
Ayah..hanya seorang nelayan pantai..Kehidupan kami umpama kais pg mkn pg..Kais ptg mkn ptg..Alhamdulillah..Rezeki Allah s.w.t limpahkan sentiasa cukup untuk meneruskan hidup..Setiap hari saudaraku pasti akan meminta arwah nenek pukul aku..lebam2 itu biasa..

Miskin....

Itulah yg seringkali didengari..Perkataan yg tak pernah hilang dr pendengaran aku..Rasa terhina, tetapi semuanya sementara..Miskin tak pernah menggagalkan aku..Miskin tak pernah sekali melunturkan aku..Ayah selalu kata, ayah tiada harta yg akan ditinggalkan buat kami adik beradik..Hanya ilmu yg akan membantu kami menjalani kehidupan..

Hingga sekarang..Rasa itu masih wujud..Cuma dtgnya hanya sekali dua saja..Dipukul itu sakit..Apatah lg dtgnya rasa terpukul oleh keadaan yg tiada kepastian jawapannya..


...................

Wednesday, February 2, 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula a.k.a What is Recycle??

hYE,,,~!
Salam semua~

Agak kelewatan keberadaan sy untuk berada di dalam pertandingan yg di anjurkan oleh salah seorang rakan blogger sy iaitu En. Mohd Fitri Abdul Karim yg mempunyai Gedung Rasanya yg penuh tersimpan segala rasa beliau..Walaupun agak tersemput-semput mcm kuda, Alhamdulillah dapat jugak sy menyudahkan entry untuk pertandingan pertama yg sy sertai iaitu pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?


Mahu Cari Jodoh?, Sila Lihat Poster Di bawah..Anda berkenan dengan jejaka ini??



Haahh``` jgn silap ye kawan2..poster di atas ini bukanlah poster untuk mencari jodoh, tetapi inilah dia:
~ Poster Pertandingan:Apa Itu Kitar Semula? ~
Amacam?
.....................................................................................

Percubaan Pertama
.....................................................................................

APA ITU KITAR SEMULA???

Apa yg kita lihat negara kita seringkali di duga dengan bencana alam iaitu banjir di beberapa buah negeri di utara semenanjung, pantai timur, sabah sarawak termasuk juga di selatan tanahair. Salah satu punca mengapa ini terjadi adalah apabila masyarakat tidak mengendahkan persekitaran alam sekitar kita yg mana bahan2 penggunaan harian kita dengan mudah di buang ke dalam sungai atau kawasan2 yg tidak sepatutnya. Hal ini akan mengakibatkan sungai bukan sahaja kotor malahan menyebabkan laluan air tersekat oleh sampah sarap yg mudah-mudah sahaja dilemparkan. Hal seperti ini tidak seharusnya terjadi!


Apakah yg dimaksudkan dengan kitar semula? Kitar semula bermaksud pengambilan barang2 yg telah digunakan, barangan yg sudah tidak digunakan lagi atau barangan yg sudah berumur dikumpul untuk menghasilkan sesuatu barangan yg baru. Buat pengetahuan umum, menurut sumber dari 'Recycle For London' terdapat 19 jenis barangan yg boleh di kitar semula mengikut cara berbeza untuk setiap jenis barangan. 3 daripadanya adalah barangan utama iaitu Kertas, Plastik dan juga Kaca.


Menjawab persoalan 'APA' itu kitar semula, pernahkah anda mendengar tentang 3R?? Adakah ianya rancangan popular 3R yg di paparkan di stesyen televisyen TV3 suatu masa lalu? Mungkin tidak~ Disini sy ingin berkongsi dengan anda semua tentang Konsep 3R di mana konsep ini membawa maksud:

3R ----> Re'use ----> Re'duce ----> Re'cycle
...............................................................................

Jika anda semua mempunyai lebih masa, layarilah link yg tertera di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=D8BwXp7ICs0
Nikmatilah!
...............................................................................

Mudah sahaja. Konsepnya sama seperti kitaran hidup kita. Cuma ianya di aplikasikan dalam bentuk kitaran semula. Barangan terpakai seperti kertas (Tong Biru), plastik (Tong Jingga) dan kaca (Tong Coklat) boleh dikumpul dan di masukkan ke dalam tong2 yg telah disediakan atau di kawasan2 yg dikhaskan untuk kitar semula bahan terpakai. Lebih mudah apabila kita hanya mengasingkan barangan2 tersebut dan akan di ambil dengan cara pemungutan sampah. Kesemua bahan2 terpakai tersebut kemudiannya akan dihantar ke pusat2 kitar semula dan di proses menjadi barangan sama yg baharu serta dikilangkan semula. Jadi tak perlu bersenang lenang untuk kita membuang barangan2 terpakai tersebut ke dalam sungai atau sebagainya kerana ia akan merosakkan lg sistem ekologi negara.

Tertanya2 mengapa perlu kitar semula??

Juga mudah! Kitar semula boleh membantu persekitaran kita menjadi lebih segar tanpa sampah dan keperluan oksigen untuk kita juga bersih dan menjadikan hidup kita lebih sihat tanpa penyakit. Kitar semula juga dpt mengurangkan pencemaran alam yg mana bahan2 terbuang atau terpakai itu tidak perlu dibakar, dibuang ke sungai dan sebagainya. Kitar semula juga menjimatkan kos untuk pelupusan sampah serta menjimatkan sumber yang mana barangan seperti kertas tidak perlu diimport dr negara luar. Dan kitar semulalah yg membantu mengurangkan hutan kita drpd ditebang untuk dijadikan kertas. Oleh itu, bekalan oksigen untuk kita semua sentiasa bersih dan mampu bernafas dengan lebih baik..

..Sebagai penyimpul entry..
Sy dengan ini menyimpulkan 'Kitar Semula' sebagai pusingan hidup baru barangan terbuang atau terpakai harian, penyelamat sistem ekologi negara, serta sebagai penjana ekonomi negara dengan adanya pengurangan duti import terhadap sumber2. Hidup sihat dengan Kitar Semula,,,~!

......................................................................................
Wassalam Dari Saya Di Syurga Si Anak Nelayan
Sekian.....
......................................................................................



psssttt:// Sekadar cubaan pertama..Jgn Digelakkan Ye~ ;p




Friday, January 21, 2011

PETRONAS Street Smart Program : Lesson For Life!

Salam Jumaat semua!




Pernahkah anda dengar tentang Program Street Smart: Lesson for life?




Haa~ Mesti kita selalu lihat banner2 bila program ini di jalankan di mana2 bandaraya, daerah2 even kawasan2 kecil yg lain. Program sewajar ini amat baik dijalankan atas keprihatinan aspek keselamatan jalanraya untuk didedahkan kepada golongan masyarakat di Malaysia. Terutamanya kanak-kanak yg lebih terdedah dengan bahaya di luar sana. Dahulunya kita seringkali mendengar kemalangan jalanraya kerap berlaku di lebuhraya lebuhraya, tetapi kini kemalangan lebih cenderung berlaku tidak kira tempat, masa dan usia. Siapakah yg harus disalahkan jika kemalangan meragut nyawa kanak-kanak berlaku? Ibubapa itu sendiri atau kanak-kanak itu yg harus disalahkan sedangkan mereka masih mentah untuk berfikiran seperti kita yg sudah dewasa. Sebagai yg lebih dewasa, sudah berkahwin atau masih bujang tidak mengapa jika kita berfikir sejenak bahawa nyawa amatlah berharga dan perlu dijaga.. Bak kata pepatah 'Malang Tidak Berbau'.


Untuk pengetahuan anda semua [Tak kesah yg dh tahu atau yg tahu sikit2 atau yg tak tahu langsung..hehe] Program Street Smart: Lesson For Life ini adalah satu program kerjasama antara Petronas dan program kanak-kanak di Astro, yg menjalankan pameran Petronas StreetSmart: Lessons for Life dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya pada ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah.Program ini sgtlah bagus untuk dijalankan kerana pendedahan awal harus dipupuk di kalangan kanak-kanak berkaitan aspek keselamatan jlnraya.



Antara aktiviti-aktiviti yg terdapat semasa pameran adalah penjelajahan kanak-kanak mengenali papan tanda serta memperlihatkan bahaya yang bakal ditempuh ketika mereka berada di jalan raya, tidak kira ketika melintas atau sedang berjalan. Selain drpd itu juga, kanak-kanak juga didedahkan pada sistem trafik bagi membolehkan kanak-kanak terbabit merasai keadaan dan bahaya sebenar yang boleh dihadapi mereka jika mengambil ringan aspek keselamatan diri di jalan raya.Serta pelbagai lg pameran yg diadakan.



'Kanak2 Di dedahkan Dengan Kelajuan Pemanduan yg Selamat'



'Pendedahan Tentang Teori Teori Keselamatan Jalan Raya'



'Pendedahan Cara Melintas Jalan yg Betul'




'Efek Pemakaian Tali Pinggang Keledar'



'Penglihatan Mata Dewasa Tidak Sama Dengan Mata Kanak-Kanak'


Sy juga sudah mengikuti pameran program ini semalam bersama adik2 sy. Bukan sahaja seronok melihat adik2 dan org ramai yg dtg ke pameran melakukan aktiviti, sy juga turut sama seronok melihat gelagat kanak-kanak yg hadir ke pameran Street Smart: Lesson For Life. Oleh itu, bg sesiapa di luar sana..Bawalah anak-anak, anak-anak buah, anak- anak makcik pakcik uncle auntie, anak sedare, anak sedare boypren gelpren ke program2 keselamatan jalanraya supaya pendedahan awal di pupuk sejak usia setahun jagung. Sgt berfaedah! InsyaAllah~



psstt: Renung Renungkan dan selamat beramal! :)

Sunday, January 16, 2011

Hari Selepas Hari Itu

Suatu saat terdetik dlm ht aku..
sudah hampir tiba saat itu..
apa akan aku lakukan setelah tiba saat itu..
aku tidak pasti..
bakal wujud kehidupan baru hari selepas hari itu..
atau itu masih sama..
kekuatan dlm diri ini mengatakan..
aku tidak akan pernah pergi..
aku pasti akan menghalang diri ini dr pergi..

tp aku?
dan..
peluang?

masih adakah peluang untuk diri ini..
masih terbukakah pintu itu untuk diri ini..
mungkin tidak..mungkin iya..
atau mungkin hanya angan2 semata..

jika aku tidak di perlukan lg..
aku akan pergi setelah tiba saat itu..
sebuah penantian itu memerlukan kesabaran..
kesabaran yg ikhlas dr lubuk ht..


>>tidak apa2 kerna aku steady sajja<<

Thursday, January 13, 2011

Tertarik dengan nota seorang teman...

Tertarik dengan nota seorang teman...


The mysterious thing called "LOVE"

If you find yourself in love with someone who does not love you, be

gentle with yourself. There is nothing wrong with you. Love just

didn't choose to rest in the other person's heart.


If you find someone else in love with you and you don't love him/her,

feel honored that love came and called at your door, but gently refuse

the gift you cannot return. Do not take advantage, do not cause pain.


How you deal with love is how you deal with yourself, and all our

hearts feel the same pains and joys, even if our lives and ways are

different.


If you fall in love with another, and he/she falls in love with you,

and then love chooses to leave, do not try to reclaim it or to assess

blame, let it go. There is a reason and there is a meaning. You will

know in time.


Remember that you don't choose love. Love chooses you. All you can

really do is accept it for all its mystery when it comes into your

life. Feel the way it fills you to overflowing, then reach out and

give it away.


Give it back to the person who brought it alive in you. Give it to

others who deem it poor in spirit. Give it to the world around you in

anyway you can.


There is where many lovers go wrong. Having been so long without love,

they understand love only as a need. They see their hearts as empty

places that will be filled by love, and they begin to look at love as

something that flows to them rather than from them.


The first blush of new love is filled to overflowing, but as their

love cools, they revert to seeing their love as need. They cease to be

someone who generates love and instead become someone who seeks love.


They forget that the secret of love is that it is a gift, and that it

can be made to grow only by giving it away.


Remember this, and keep it to your heart. Love has its own time, its

own seasons, and its own reason for coming and going. You cannot bribe

it or coerce it, or reason it into saying.

You can only embrace it when it arrives and give it away when it comes

to you. But if it chooses to leave from your heart or from the heart

of your lover, there is nothing you can do and there is nothing you

should do.


Love always has been and always will be a mystery. Be glad that it

came to live for a moment in your life. And if you keep your heart

open, it may come again.


-Empty Ink-

Sunday, January 2, 2011

[Kelahiran Semasa Zaman Pemerintahan]



~~Abdul Halim Bin Hj Moctar~~


Beliau dilahirkan sebelum Tanah Melayu kita mencapai kemerdekaan pada 1950, January 3rd..Masa beliau di lahirkan, surat beranak masih berbahasa inggeris..Detail kelahiran di tulis dlm tulisan jawi khat halus yg cantik dan kemas..Menurut cerita, semasa beliau dilahirkan, bapanya berada di Indonesia tempat asal nya..Walau bagaimanapun, beliau selamat di lahirkan dan masih bernafas kuat sehingga saat ini..


Hari ini...


2011, January 3rd ~
Beliau yg di maksudkan adalah seorang yg amat sy kagumi dan cintai iaitu Ayahanda sy..

Sy nk ucapkan ~Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran~ yg ke 61 tahun buat Ayahanda sy yg tercinta~!


Buat ayah..Semoga panjang umur..semakin murah rezeki..maintain garang tp bestt..dan sentiasa kuat menjaga kami adik beradik..

!~Sayang Ayah~!


Sunday, December 26, 2010

-MENTAKPAHAMKAN DIRI-

KCinta ~
Ape itu cinta??
apekah tande2 org sedang di lamun cinta??

Cinta ~
Haishhh ~

Hari ni aku nk mentakpahamkan diri kejap pasal sesuatu..huhu' ~

Aku ni memang sukekan lagu..musik..sgt2 suke..tp taklah smpi tahap mencipta lirik atau kompose lagu..sekadar dgr musik dan hayati liriknya..

Mcm2 genre aku dengar..tak kirelah ape..kecuali genre yg sgt heavy mcm metal..tak terlalu masuk dlm kepale..mcm2 genre ade dlm dunia ni yg boleh di layan! dengan musik segala yg terbeban di dalam kepale akan hilang!

Kebanyakan lagu selalunye mesti akan berunsurkan Cinta..Cinta kepade Allah S.W.T..Cinta kepade makayah..Cinta kepade alam..Cinta kepade manusia..Cinta kepade sahabat..Cinta kepade ape sekalipun..tak byk sikit pun pasti ade..yg aku nih bile on9 Facebook, selalu post video songs yg mane aku suke yg mane aku rase lyric lagu tuu menarik..ekot suke akulah..kalu tak suke abaikan aje..hihihi....tp mungkin menyemak agknye keluor kat home page org..dah aku terdengar2 mulut2 bebual tentang . . . . . . . . . . . . . .

"AKU DILAMUN CINTA!"


oOh demm..dah byk kali aku dengO org kate aku tga sebOk sgt becinta sbb post lagu2 berunsur cinta..di katenye aku ni tga hangat becintan cintun..aku ni boyfren pun takde..nk becinta dgn sape..haha..ishh...tp kali ni aku dh mentakpahamkan diri untuk memahami kate2 org kat luar sane..bg aku.. .

'Tak semestinya org yg mendengar lagu cinta atau tengok video lagu berunsur cinta, org itu sdg sebok becinta..Tak semstinya org yg mendengar atau menonton video lagu berunsur metal itu, org itu membawa unsur negative..musik adalah universal.."

Adakah org yg dengar lagu nasyid, org itu sdg berdakwah?
Adakah org yg dengar lagu metal, org itu sdg bermetal?
Adakah org yg dengar lagu2 rock kapak, org itu sdg berkapak?
Adakah org yg dengar lagu2 r&b, org itu sentiase berjiwa?
Adakah org yg dengar lagu2 cinta, org itu penuh taman dlm hatinya?

Jawapannya semua mengikut pemikiran masing2.. :)

Cumanya aku, tidak mahu dikatakan org..aku rasa musik itu sesuatu yg ikhlas..sesuatu yg menarik..yg bisa menyampaikan sesuatu melalui cara yg di ubah suai menjadi lebih menarik bila di lontarkan..

"SENI ITU INDAH"


Hanya sekadar luahan kosong..

Mungkin pemikiran manusia kini memang mcm tu..walau ape sekalipon!

"SENI MENJADIKAN SEPI ITU INDAH"





Thursday, December 23, 2010

Antara AKU & KAU

Siapa aku sebenarnya?

Siapa aku sebenarnya??

Siapa aku sebenarnya???

Siapa aku sebenarnya????

Siapa aku sebenarnya?????

Siapa aku sebenarnya??????

Siapa aku sebenarnya???????

Siapa aku sebenarnya????????

Siapa aku sebenarnya?????????

Siapa aku sebenarnya??????????

Siapa aku sebenarnya???????????



~Aku bukan siapa2..kosong..tak punya apa~

Wednesday, December 22, 2010

Mentality = Lupa!


Manusia..
Mentalnya..
Fizikalnya..
Otaknya..
Kaki tangannya..

Letak di mana?

....................................................................

Hye! :)
Apa kabar..harap2 semuanya sihat sihat belaka..
Aku cuma nk cerita sikit aje harini..hehe..

Lepas aku tamat pengajian di business school, aku teruskan pengajian ku di driving school pulak..huhu..sungguh berkobar kobar aku nk ambil lesen kete ni..bukan untuk merayap..tp sebab aku taknak susahkan ayah lagi untuk hantar aku pegi keje..cukuplah ayah hantarkan aku pegi kerja setiap hari masa aku practical..setiap pg jam 630am ayah akan pastikan aku dh siap untuk bertolak sebab aku berulang setiap hari dr PONTIAN-GELANG PATAH-PORT TANJUNG PELEPAS..lebih kurang sejam jugaklah..siap transit lg kat gelang patah..selama 4 bulan setengah...kesian ayah..

Harini hari pertama aku belajar kete kat jalan luar..jalan yg penuh dengan besi2 beroda yg semakin hari semakin mengganas..semakin liar..semakin bermahrajalela di tengah2 kesesakan lalulintas! Aku takut sekejap!

.....................................................................

Humm~ bermulalah kisah aku nk keluar ke jalan luar..

......................................................................

Dari institusi memandu, aku terus keluar ke persimpangan jalan besar..pehhh agak besar jugak simpang tuu..aku himpit ke kanan sebab nk keluar ke arah kanan jalan..nak di jadikan cerite, jalan tu memang sesak! memang makhluk2 besi beroda semuanya laju2 kat tgh jalanraya..cikgu aku suruh standby nk belok ke kanan, aku pun standby..tapi cikgu aku kata jgn keluar simpang lagi sebab tgh byk kenderaan berat dr arah kiri jalan..aku sabOr lg..masih standby..kontrol cun..tp jantung mak aihh DUP DAP DUP DAP! tak benti..aku memang sgt takut dgn lori! huu~

Datang 1 makhluk beroda besi dr arah belakang dan berhenti di belakangku..agak besar makhluk tuu..seorang pakcik yang mengontrol besi itu..pada mulanya, pemandu itu membunyikan hon sekali dengan kuatnya..aku cuma menjeling pada cermin sisi kanan..dalam hati aku berkata 'Tak lah hensem mana pun pakcik nih'..makhluk2 dr arah kanan dan kiri masih lg byk..buat kali yg keduanya, pemandu besi itu membunyikan hon dengan kuat..aku dh nk naek darah dh pada mulanya..nasib baik cikgu aku cakap 'Takpe..biarkan dia..dia tak nampak tu..'

Eyhh...terase bengang bengang sikit aku bukannye ape..aku tau aku masih kaku memandu..kaki tgn pun masih keras..sebab ini baru kali pertama aku keluar ke jalan besar..menggelabah jugak..tapiiiiii kalau dah terang terang nampak besi beroda yg aku bwk tu ade sign 'L' bawak bawaklah memahami walau sedikit..sabar lah walau hanya sedikit, seketika..aku ini masih belajar..tak lari gunung di kejar wahai pemandu.. Ecehh~

Line dh clear, aku keluar dr simpang..fuhh..berjaya..kejayaan yg pertama buat aku..haha..makhluk belakang aku td aku tgk masih tak keluar simpang lg..aku biarkan..dan aku teruskan perjalanan mengikut kata cikgu aku..aku pun ngalan cikgu aku 'Kemane kita cik?!' haha..cikgu aku gelak je..malas dia nk layan kerenah aku..aku tgk byk dia minum air..isap rokok daunnya lain..takut agaknya cikgu aku tgk aku memandu..huhu~

Dalam perjalanan tu, mcm2 ragam pemandu aku tgk..yang terlalu laju ada, yg terlalu slow mcm aku pun ada, yg tak geti bg signal pun ada, yg tak herankan kenderaan belajar memandu berstatus 'L' pun ada, dan mcm2 lg..mentality pemandu di malaysia mungkin mcm ni..tak mcm kat oversea (mcm dh penah pegi oversea..hehe..)..mentality yg tak dpt di ubah..baru kini aku sedor mengapa mentality menjadi salah 1 faktor penyumbang kepada kecelakaan jalanraya di Malaysia..

Selamatkanlah nyawa, selamatkanlah aku yg baru belajar..hhee~

Jgn lupa! Pemanduan berhemah..Ingatlah orang yg tersayang!! =)


Seketika: Ooh..mungkin jugak aku akan jd mcm diorg2 nih bile dh terrer bwk kete! haha~ ;p

Saturday, December 18, 2010

``Kisah penyanyi bernama Saripah Sameon``

Selamat pagi burung2 hantu~! =]

kisah ini aku terniat nk kuburkan di sini supaya 1 hari nanty aku boleh baca balik entry2 dan cerita2 lame yg pernah berlaku dlm hidup aku..hihi.. <3

Pernah x kite dengar name penyanyi Saripah Sameon?? hehe..hah ni aku nk share 1 cerita kisah penyanyi bernama Saripah Sameon..

time: 0121am
date: 18 dec 2010
Situation : 38 minutes ago

Aku post 1 video song titled Gelora Jiwa by Yuna dlm 1 laman web sosial aku sebab aku sgt sukekan lagu ini..agak swit dan best! kisah bermula dr salah seorang rakan blogger aku merangkap member aku merangkap jugak ex-jiran aku meninggalkan komen pendek iaitu 'awww'..komen punye komen punye komen dtg seorang lg sahabat aku, org kg aku jugak dtg meninggalkan komen..katenye ,

'adess. . .mlm2 cmni kne ngn angin bayu syok gak lyn lagu dr kwn2.. nk gak. . .'

Bila aku terbaca perkataan angin bayu terlintas dlm kepala aku ni dgn lagu feminin jadi aku pun reply,

'angin bayu membawa diriku...sepintas lalu ku terkenangkanmu..memori silam meresap malam.. haaa...ko penah dgO tak lagu nih? cepat2..Jgn lupa lyric.. haha'

Lalu, dengan konfidennya sahabat aku td menjawab,

'prnh. . .kagu saripah sameon kn?'

Mula2 aku tahan gelak jugak..masih mampu berfikir, mungkin ade penyanyi dulu2 bernama Saripah Sameon..tapi aku saja yg tak pernah tahu mungkin..

Kemudian, aku pun berkata kepada sahabat ku,

'adohaii...org kg aku ke ni... Ya Allah...sungguh salah sekali! hahaha..saripah sameon tu kwn kau ke.. ;) '

Sahabat aku masih juga berkata,

'saripah sameon tu la penyanyi asal dy..'

Muncul semula ex-jiran aku td bertanya dan berkata pada aku,

'saripah sameon sape? aku gelak tak henti baca nama ni. haha'

'umi, aku nak tumpang gelak buleh? hahahaha'

Punyelah aku gelak mcm nk gile dgO name Saripah Sameon nih..tp kaver2 takut tergelak kuat sgt kang ayah ngn mak terjaga dr tidur..ha ha ha! Aku pon cakaplah kat ex-jiran aku,

'gelak laa..aku pon tga gelak tahap gaban nih..pening mikir sape saripah sameon tu..adek beradek zaiton sameon tak? hahaha...klako gk kwn aku ni kdg2...'

'haha memang kelakar la dia. aku pikir je, tak sampai tahap nak google lagi nama dia. hahaha'

'hahahaha...baru nk cakap kat kau td..nk google..mane tawu fakta.. hah.. ;)
rase2 aku nyanyi lagu feminine td..hihi'

'hahaha.. kau try google tgk..aku rasa feminin gak. hee'


Akhirnya, aku pegi jugak google nk jugak tahu ade ke tak org bername 'SARIPAH SAMEON' nih..ha ha ha..sekali yg keluar ape da..kwn baik Zaiton Sameon adalah Datuk Saripah..mungkin aja sahabat aku tu pening2 nk ngingat..Walaupun Feminin jauh dgn sebutan Saripah Sameon..tp..Pon bole lah! :)

Friday, December 17, 2010

~ BERCERITA TENTANG HOBI~





Selamat pagi Malaysia! =)
Salam Jumaat..


Teringat saat di sekolah rendah, cikgu kita bertanya "hobi kamu apa?"..sepertinya mcm2 yg di terima oleh cikgu2 kita di luar sana..pernah juga aku menjawab pada cikgu yg hobi aku itu mengumpul setem..xpon melukis..haha..hobi yg paling glamer mase kecik2..xde laa kumpul sgt pun..nk wat sedap ht cikgu je..hehe..

Dr kecil bertukar menjadi dewasa..barangkali sudah makin berumur..haha..hobi pon sudah bertukar...

Hobi pertama aku, aku suke kumpul ticket2 wayang..hehe..dah byk terbuang akibat banjir yg lalu..habis basah segala..tp ade juge yg masih ada dan aku masih teruskan mengumpul ticket2 wayang yg aku pergi nonton bersama sahabat2 ku..walaupun hobi ni biasa2 aje mungkin, tp bg aku hobi ni best..aku boleh dpt tahu berapa jumlah cerita yg aku tengok dlm masa setahun..skang aku dh kekal duduk kat johor..jadik x berapa keluar pegi nonton bila kat sini..hehe..buat sahabat2 yg mengenali aku, belanje laa aku gi tgk muvy..aku nk ticket nye..haha...

-Yang Tinggal-


Hobi kedua aku, yang kini menjadi yg pertama! adalah jeng jeng jeng.... =)
Hobi ni agak interesting buat aku..Hobi ni baru sgt buat aku..Masih2 belajar lg kata org..hehe..sekarang ni aku sgt suka kumpul kereta2 kenit..iaitu die cast cars daripada Hotwheels and Matchbox..Hot wheels ni adalah brand die cars toys car yang di perkenalkan oleh American toymaker iaitu Mattel pada tahun 1968..Hotwheels ni adalah pesaing utama kepada Matchbox sehingga tahun 1996..hah! model yg aku ada sekarang ni pun yg biasa2 saje..selalu jugak tanya kwn aku model ape yg rare, high demand and valuable..yg lebih menyeronokkan, die cast model ni kebanyakkan di design sgt details! huhu'

-Separuh Dari Koleksi-



Haa...hobi ketiga aku adelah mengumpul jam swatch..lame2 punye..aku minat sgt ngn swatch collection tahun lame2..even rupenye biasa saje, tp tahun keluarannya lebih menarik perhatian aku..memandangkan aku pun masih menganggur, tak byk lg collection aku..walaupun dh collect since tahun 2005..duwet nye tak ada sgt..haha..yg aku ada sekarang cuma swatch model year 1987..1989..1991..1993..1996 n 2003..hopefully, bila aku dh start kerja nnty, aku dpt collect model2 lama yg lain..


-Yang Masih Hidup-



haa~ itu sajalah hobi aku suka lakukan buat masa ni..ada jugak angan2 nk collect cricket lighter..bukan kerana aku merokok..tp kerana aku tgk besepah2 cricket lighter ayah kat rumah ni..body colour pun menarik..dan aku pun tertarik..hahaha... indah sungguh dunia ini sekali sekala...


(>_<)

Thursday, December 16, 2010

Teman Teman Pemecah Sunyi..

Huwaa Huwee Huwoo Huweeee~!

hehe! hye..xde ape sgtlah nk cete cuma mahu share kwn2 aku yg pernah menjadi pemecah sunyi hidup aku..Bila aku dh kat Johor..rindu pulak kat teman teman aku.. =)





-AHU-
hah! Ahu berasal dr Kota Bharu, Kelantan..ahu nih teman baek aku..dye selalu temankan aku kehulu kehilir..ha ha..ahu nih..kdg2 betol kdg2 x berapa nak betol sgt..hakhak..ahu ni lah kawan gado, kwn ketawa, kwn sedeh, kwn berantem aku..






-FYE-
Fye nih berasal dr Batu gajah, Perak..yg nih kwn baek aku jugek..fye nih selalu jugak temankan aku..hi hi..yg aku suke pd fye, dye sentiasa dulukan sahabat2 dye dr segala..yg paling best, rindu nk karok ngn dye..sbb hehe...dye kalau nyanyi selalu lari tune..hi hi...






-LAILA-
haaa...laila ni seorang lg sahabat baek saku sejak tahun 2005 lagi..smpi skang..hihi..nih pun same..mcm2 ragam..biol kdg2 di buatnya..hehe..kalau bab ketawa bg ajelah kat lai ni..huu' laila nih berasal dr Tawau, Sabah..harap2lah 1 hari nnti aku dpt pegi rumah dye kat sabah..ha ha..






-ADI-
Adi berasal dr Sg. Besar, Selangor..hah.. adi nih org pertama yg bersama2 aku since 2008..yg special tentang kami adalah..nm kami same..tak same sgt tp panggilan same..hehe..name sebenar adi adalah Ummi Adibah dan name aku pula Umi Kalsum..haha..kat kelas selalu duk sebelah adi..kalu lecturer panggil name kami 'Ummi' dua2 diam..hehe..sbb x tahu diorg panggel sape..hehe..adi ni sgt istimewa..dye sgt sukakan puisi..comel..





-KUCA-
haa..amacam kacak x? hahaha..yg ini teman aku yg berasal dr Kota Bharu, Kelantan juga..kuca nih pendiam..tp kdg2 gile jugek bila dh bersuara..kucaa ni adalah org yg membantu sy sejak 2008..yg best nye kucaa nih dia seorang yg hebat bermain guitar..huhu'





-ECA-
Eca berasal dr Tg Malim, Perak..eca nih teman aku yg sungguh comel..kecik aje..hihi..eca nih teman yg jugak best..mcm2 ragam..selalu sgt di nyakat..hakhak...rindu rasenya nk nyakat eca..hehe



Tp.....
Semua ini sudah semakin jauh pergi meninggalkan, mengikut arus deras kehidupan kini..mungkin aku yg meninggalkan atau melupakan atau saja hari hari berlalu menghakis setiap perkara yg ada..
Buat teman2 ku..maafkan aku jika aku semakin menjauh..Aku tetap sajja merindui kalian..tetap sajja mengikuti perkembangan kalian walau hanya sekadar di pinggiran..

~Aku sayang tp tak mampu~

..SELAMAT HARI LAHIR BUAT IBUNDA WAN RAMLAH~

Ibu Wan Ramlah..

Walau hanya sekali bertemu makcik, sy bersyukur sy dapat mencium tangan makcik..hanya dalam pertemuan yang singkat dan tidak di jangka berlaku dlm hidup sy..syukur~

Hari ini..
Tanggal 16hb Disember..
Jam 1228am..

Sy..

Ingin mengucapkan..
Selamat Hari Lahir Buat Makcik..
Semoga panjang umur dimurahkan rezeki hendaknya..

InsyaAllah...ada rezeki bertemu lagi..
Tiada rezeki insyaAllah akan sy susuli dgn doa..



~ Hanya Sekali ~

Wednesday, December 15, 2010

si Kecik...

Bermula semula..Perjalanan si kecik bernama Cik' Umie Kacum..

Hidup aku tak indah mana..Adakalanya sedikit palat..Ada kalanya sedikit bahagia sedikit gembira..Setiap hari, bangun pagi minum air suam..Itu pun kalau bangun pagi..Senyum..Hurmm..Senyum...Tak lah bermakna aku sentiasa gembira..Kdg2 biasa saja..

Hah! Aku dh habis belajar..Alhamdulillah aku dah tamatkan pengajian..Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengangkutan..yo yo..Berduniakan transport, aku punya angan2, cita2 yg jelas tp semua itu masih samar2..Bak kata makcik aku 'Kau nk kerja bawak teksi ke nanti dah habis blaja?' ..Perghh! Tak baek makcik aku tuh kdg2..ha ha! Ummm~ cita cita aku tak tinggi sangat..tp yg jelasnya..aku mahu ada kereta sendiri..Proton Inspira? Perodua Alza? Honda City? Toyota Caldina? Alphard? Lamborghini? Skyline? ha ha ha...besar sgt angan2 tu..tp berangan ok laa kot aku rasa..hi hi..MMmm...aku cuma nk beli Perodua Myvi aje..Yg boleh bwk mak ngan adik2 rOund2 bandO..Aku yakin tak mustahil aku akan pakai kereta sendiri..Takpe lah makcik..makcik kritik lah umie kerja bawak teksi..Satu hari nanti makcik tahulah sape umie! ahahaha...kunun~


Kini, aku ade hobi baru..Pada org yg bukan hobinya mcm aku mungkin ini biasa saje..Tp bg aku ini best juga..Aku enjoy punya hobi mcm ni..Sekarang aku punye hobi yg mane aku akan kumpul die cast model..Aku baru bermula saja..Masih belajar bak kate org tua..hehe..Kete kenit pertama aku dan sgt2 aku syg adalah mini cooper yg di hadiahkan oleh seorang sahabat karib aku..dahlah mini gile, kete yg aku minat gyle plak tu, membe aku hadiahkan mase birthday aku year 2009..Huu sgt berharga bg aku..Saat itu dan ketika itulah aku berminat tp aku x tahu mcm mane nk collect..Last2 aku follow membe aku tuu collect model2 kenit nih..Addicted jugak aku akhirnya..haha..


Bak kata pepatah "Sikit-sikit lama lama jadi bukit" ..Kete kenit aku bau ada sikit..hehe..Tak apelah..Tak punya byk uwang jadi sikit sikit saja dulu..Tak sehebat collecter yg dah senior..InsyaAllah..ada juga niat nk collect model2 yg best..Dunia transport juga ni..Cars, trucks, Jeeps, Vans, Tankers Trucks, mcm2 adddaaa... wink**


Inilah permulaan..yg tak mengusik mana2 kehidupan pihak lain..oleh..sy si kecik~